background

Monday, May 31, 2010

aku dan insomnia....





da seminggu aku mengalami masalah...TIDAK BOLEH TIDUR MALAM.....fikiran xhenti berfikir...fikir ape pon aku xthu lah...huhu....harap2 boleh la tido pas ni...:P








Apa itu insomnia?


Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.






Tahap insomnia


* Ringan


* Sederhana 


* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.







Insomnia, membabitkan beberapa ciri berikut seperti:


* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)


* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)


* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)









TIP


* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal (teknik bayangan di pantai pd waktu mlm oleh cik siti aminah..)


* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari (kol 12pm bru nk mule kn khidupan...hurmmm...)


* Elakkan tidur pada waktu tengah hari (tu memeg rutin pas mkn tido...)


* Melakukan senaman dengan kerap (bdminton da lme x main...)


* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam


* Jangan merokok


* Belajar menangani tekanan


* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.

No comments:

Post a Comment